Cari:
Radzi: Mendaki Gunung Huashan
2012-09-24 10:41:03 CRI Cetak


Gunung Huashan

Destinasi kembara hari ini ialah Gunung Huashan! Sinonim dengan gelarannya gunung paling curam di bawah syurga, Gunung Huashan adalah antara lima gunung tercantik dan suci di tanah besar China! Terletak 75 batu di timur Bandar raya Xi'an di wilayah Shaanxi, dari hotel penginapan kami untuk ke sini memakan masa dua jam. Perjalanan kami seolah-olah diberkati oleh Allah S.W.T. Sepanjang perjalanan, kami diiringi dengan hujan gerimis dan pemandangan yang menakjubkan:) Satu pengalaman yang menyeronokkan! Untuk sampai ke puncak Gunung Huashan, kami perlu menaiki kereta kabel dan kemudian mendaki melalui laluan yang agak curam. Biar pun gayat, nyata ia berbaloi. Sesungguhnya Allah itu Maha Kaya dan Maha Besar. Cantik lagi mempersonakan, itu gambaran apabila berada di puncak gunung ini. Rasa puas dan bangga apabila berjaya mendaki ke puncak gunung Huashan dan lagi puas apabila kami adalah antara rakyat Malaysia yang mampu menaklukinya! Malaysia boleh!

1 2 3
Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Periuk Besi Jadi Alat Muzik

• Padang Sesawi Saujana di Yili, Xinjiang
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China