Saya baharu sahaja bertugas di bahagian bahasa Melayu CRI pada bulan Ogos tahun 2005. Kini, saya ditugaskan untuk mengendalikan rancangan yang berkaitan dengan para pendengar siaran kami, termasuklah membalas surat atau mesej yang saudara kirimkan, menjawab persoalan. Saya sangat gembira dapat mengendalikan rancangan ini. Kami mengalu-alukan cadangan daripada para pendengar supaya kami dapat meningkatkan kualiti penyampaian dan siaran kami dari semasa ke semasa.
Saudara boleh memberitahu kami perkara-perkara yang saudara minati dan ingin tahu dan kami akan sedaya upaya memenuhi permintaan saudara. Harapan kami semua sama-samalah kita membentuk satu keluarga ruangan pendengar siaran bahasa Melayu CRI.