
Xu Liaoyuan merupakan perintis kesenian kreatif dan moden dari provinsi Sichuan, China. Hasil kerja beliau yang dipamerkan di XLY MoMa, iaitu muzium seni yang dilawati rombongan "Bandar Mempesona di China 2012 - Kunjungan Wartawan Asing ke Bandar Kreatif" menunjukkan kematangan dan nilai estetika yang tinggi.

Para wartawan asing tersebut amat tertarik dengan keupayaan Xu membuat perabot yang reka bentuknya biasa sahaja tetapi mempunyai makna yang begitu mendalam. Perabot tersebut dibuat daripada kayu Jinsinanmu atau kayu sutera, sejenis kayu mahal yang sering digunakan oleh maharaja China pada zaman dahulu. Kekukuhan kayu tersebut merupakan faktor utama yang menyebabkan orang zaman dahulu mengunakan kayu itu untuk membuat perabot, pintu dan bangunan.

Hasil kerja Xu diukir dengan corak-corak naga, bunga dan pelbagai elemen budaya China. Karya lukisan beliau pernah dibeli oleh beberapa syarikat fesyen terkemuka di dunia, termasuk Hermes untuk dijadikan corak pada skarf dan pakaian.

Muzium tersebut yang berkeluasan 2,500 meter persegi terletak di kawasan tenggara bandar Chengdu.
