Cara Pemilihan:
Cadangan Pakar + Pengundian Dalam Talian
1. Cadangan pakar: pihak penganjur mempelawa tokoh-tokoh yang berpengalaman dalam bidang perlindungan alam sekitar, pelancongan, kebudayaan dan perancangan bandar, untuk memilih 20 buah bandar sebagai calon pemilihan.
2. Pengundian dalam talian: laman sesawang CRI Online membuka ruangan khas dalam bahasa Mandarin dan 10 bahasa asing untuk pengguna internet global membuang undi dan memilih bandar-bandar yang disukai mereka.
Kesemua saluran pengundian akan dipantau secara teknik untuk memastikan kempen ini diadakan secara terbuka dan adil.
Penetapan Anugerah:
10 buah bandar yang memperoleh undi terbanyak mengikut pengiraan undi dari laman sesawang 11 bahasa, akan mendapat gelaran "bandar ekologi".
Tempoh Pemilihan:
3 Mei -- 31 Julai 2013
Bermula pada 2.00 pm 3 Mei 2013, pengundian dalam talian CRI Online dalam 11 laman sesawangnya dimulakan serentak, dan berakhir pada 2.00 pm 31 Julai 2013.