Yangzhou merupakan bandar budaya yang bersejarah lebih 2000 tahun. Ia terletak di hilir Sungai Yangtze dan kaya dengan sumber alam.
Seawal zaman Dinasti Tang lebih 1100 tahun yang lalu, bandar ini telah menarik pedagang dari seluruh negara bahkan dunia dan ini menjadikannya salah sebuah bandar yang paling kaya di China dan salah sebuah pelabuhan penting dalam "laluan sutera laut".