Zhongshan yang terletak di kaula Sungai Mutiara di bahagian selatan China dulu dipanggil "Xiangshan" kerana kepelbagaian jenis bunga di sana. Pada tahun 1925, untuk memperingati Dr. Sun Yat-sen yang menerajui Revolusi Xinhai, yang menggulingkan pentadbiran feudal selama ribuan tahun di China, nama bandar ini ditukar menjadi Zhongshan.
Ini menjadikan Zhongshan satu-satunya bandar di China yang dinamakan sempena tokoh tersohor. Di bandar ini terdapat banyak destinasi budaya dan pemandangan yang indah. Pembangunan berterusan Zhongshan mengutamakan rakyat, mementingkan pencegahan pencemaran, perlindungan alam sekitar dan pembangunan ekologi, berusaha mencapai keharmonian pembanguan ekonomi dengan ekologi supaya kaum manusia hidup secara mesra dengan alam sekitar.