Beijing merupakan pusat politik dan budaya China. Di sini terdapat banyak destinasi pelancongan dan tapak tinggalan sejarah yang menarik lebih 20 juta pelancong asing setiap tahun. Jumlah ini hampir sama dengan jumlah penduduk Beijing. Kebanyakan pelancong asing datang mengikut rombongan pelancongan. Namun, jikalau mahu menghayati sendiri pesona Beijing, sebaiknya datang dan rancang sendiri agenda pelancongan saudara ke Beijing.
Untuk memudahkan pelancongan saudara di Beijing, berikut ialah beberapa perkara yang mungkin boleh membantu pelancongan saudara.
Kad Pengangkutan Awam Beijing
Jaringan pengangkutan awam di Beijing sekarang agak lengkap. Saudara boleh pergi ke hampir semua destinasi pelancongan dengan menaiki kereta api bawah tanah dan bas. Penggunaan Kad Pengangkutan Awam Beijing sangat membantu kelancaran perjalanan saudara. Kad ini boleh dibeli di setiap stesen kereta api bawah tanah di Beijing dengan harga RMB20. Dengan menggunakan kad ini, saudara hanya perlu membayar RMB2 yuan jika menaiki kereta api bawah tanah manakala tambang bas dari RMB0.40 ke atas.
Aplikasi Waktu Solat di China
Bagi penganut Islam yang melawat Beijing, maklumat tentang restoran halal dan waktu solat tempatan sangat penting. Radio Antarabangsa China (CRI) telah menyediakan aplikasi "Waktu Solat di China" yang menyediakan maklumat waktu solat di pelbagai bandar di China. Aplikasi ini boleh dimuat turun dalam telefon pintar anda. Selain itu, saudara juga boleh melayari laman web Bahagian Bahasa Melayu CRI melalui aplikasi ini untuk mendapat lebih banyak maklumat tentang masjid, restoran halal, destinasi pelancongan, peta dan lain-lain di Beijing, Shanghai, Guangzhou dan beberapa bandar yang lain.
Alat Panduan Pelancongan Elektronik
Pelbagai destinasi pelancongan yang agak terkenal di Beijing seperti Kota Larangan dan Taman Yihe, menyediakan perkhidmatan sewaan alat panduan pelancongan elektronik. Alat ini menjelaskan pelbagai maklumat tentang destinasi tersebut dalam pelbagai bahasa pilihan termasuk bahasa Inggeris. Kemudahan ini banyak membantu saudara memahami sejarah dan cerita-cerita tempat yang dilawati.
Ulasan |
Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah. |
Lagi>> |