Hubungan antara China dengan ASEAN yang berkembang baik sepanjang tempoh 10 tahun lalu, memberi manfaat bagi syarikat dan rakyat kedua-dua negara serta seluruh rantau.
Demikian kata Perdana Menteri Malaysia, Dato' Seri Najib dalam surat tahniah sempena ulang tahun ke-10 Sidang Kemuncak Perdagangan dan Pelaburan China-ASEAN (CABIS).
Menurut beliau, China merupakan rakan perdagangan terbesar bagi Malaysia pada masa ini, dengan jumlah perdagangan bilateral meningkat 8% pada tahun 2012.
Beliau yakin, perkongsian ekonomi antara China dengan ASEAN akan terus meningkat dalam tempoh 10 tahun akan datang.