Vila Merah Jambu yang Luar Biasa Cantik
2013-12-06 13:58:53 CRI

Eaton house

Sebuah vila yang seluruhnya dicat dengan warna merah jambu dibuka di kawasan desa Essex, Britain baru-baru ini. Hiasan dalaman vila yang dinamai Eaton House ini menggunakan bunga-bungaan dan lampu kelip-kelip. Vila ini juga memiliki sebuah taman kecil yang ditanami bunga berwarna merah jambu.

Pemilik vila ini iaitu James Lloyd-Roberts, 45, seorang ahli bomba dan jurugambar, dan Amy Griffith, 37, seorang pelukis, ialah sepasang sahabat baik. Mereka menghabiskan masa selama empat tahun untuk mereka bentuk dan menghias vila yang luar biasa cantik ini.

Vila yang mempunyai 13 buah bilik tetamu ini boleh disewa dengan bayaran £2,500 untuk dua malam berserta hidangan sarapan untuk 12 orang.


1 2 3 4
Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China