Kalau anda sudah jemu dengan rumah yang biasa, marilah kita bersama-sama melihat beberapa buah rumah yang dianggap paling pelik di seluruh dunia.

Rumah batu di Portugal. Rumah yang berkonsepkan "hidup terasing dari dunia luar" ini dibina dalam sebuah batu bulat yang amat besar di tepi laut.

Rumah terbalik di Usedom, Jerman. Rumah yang terletak di pulau Usedom, Jerman di Laut Baltic ini bukan sahaja kelihatan terbalik dari luar, malah semua perabot dalam rumah tersebut pun dipasang terbalik.

Rumah berpilin-pilin di Darmstadt, Jerman. Rumah berpilin-pilin ini merupakan karya terakhir artis Austria, Friedensreich Hundertwasser sebelum meninggal dunia. Kompleks bangunan ini terdiri daripada 105 buah bilik, satu halaman, sebatang sungai kecil, sebuah restoran dan bar. Atap rumah tersebut dilitupi rumput hijau.

Rumah berbentuk mangkuk tandas di Suwon, Republik Korea. Rumah yang berbentuk seperti mangkuk tandas ini diberikan nama Haewoojae. Ia direka bentuk oleh Pengerusi Jawatankuasa Persatuan Tandas Dunia untuk menarik perhatian masyarakat seluruh dunia terhadap kesihatan dan kelengkapan berkaitan.
| Ulasan |
![]() Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah. |
| Lagi>> |