Guru Besar Tunai Janji Dilekat pada Dinding
2014-10-23 16:12:08 CRI

Guru besar sebuah sekolah rendah di Colorado, AS menunaikan janjinya untuk dilekatkan pada dinding oleh murid-murid menggunakan pita pelekat.

Sebelum ini, guru besar itu telah berjanji untuk membenarkan dirinya dilekatkan pada dinding sekiranya murid-murid dapat menjual 10 ribu tiket karnival musim luruh yang bakal diadakan di pekan mereka. Akhirnya mereka berjaya menjual 11 ribu tiket.

Selain itu, jawatankuasa pelajar sekolah tersebut juga mengisytiharkan hari itu sebagai Hari Misai. Maka, guru besar itu juga dipakaikan misai palsu yang besar ketika dilekatkan pada dinding.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China