Cuaca di Beijing amat cerah semalam. Awan-gemawan di langit biru menghasilkan pelbagai bentuk yang menakjubkan hingga mengusik imaginasi.
Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.