Dari Pelukis Kartun ke Tukang Guqin
2017-10-13 08:34:48 CRI

Wang Qingyang, 41, tukang Guqin dari bandar Qingdao, provinsi Shandong.

Pada setahun yang lalu sebelum menceburkan diri dalam bidang pembuatan Guqin, sejenis alat muzik petik tradisional yang berdawai tujuh, Wang Qingyang bertugas sebagai pelukis dalam industri perfileman kartun.

Pada masa itu, Wang Qingyang dapat banyak mengetahui Guqin semasa pembuatan satu filem kartun yang mengenai kebudayaan tradisional China untuk pihak majikannya. Bunyi dari alat muzik yang bersejarah lebih tiga ribu tahun itu yang ternanam dalam jiwanya menyebabkan Wang memutuskan menukar kerjanya, kemudian kembali ke kampungnya di Qingdao untuk memulakan kerjaya baharu sebagai pembuat Guqin.

Pada puratanya, Wang membuat sebuah Guqin dalam tempoh masa setahun, dengan harganya ditetapkan pada sekitar RMB10 ribu (RM6,406) untuk setiap satu, dan perlu ditempah setahun lebih awal.


1  2  3  
Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China