Petani Tanam Bunga Kekwa untuk Tambah Pendapatan
2017-11-10 17:33:00 CRI

Pekerja sedang memetik bunga kekwa di sebuah taman demonstrasi moden di pekan Xingtai, provinsi Hebei. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pihak berkuasa kaunti Xingtai berdasarkan syarat tanah dan iklim tempatan, memandu petani menanam bunga kekwa di kawasan yang berbukit-bukit mengikut model "syarikat+pangkalan+petani". Tanaman bunga kekwa yang seluas lebih 133 hektar itu dilihat menyumbang kepada industri pemprosesan teh bunga yang mempunyai hubungan perdagangan dengan Beijing, Tianjin dan Guangdong. Perkembangan industri ini dipercayai menyumbang kepada peningkatan pendapatan lebih 3,000 keluarga petani.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China