"Adik-beradik Perempuan", Penjaga Panda di Zoo Madrid
2018-04-01 15:00:40 CRI

Rebecca dan Esther, yang rupanya mirip, dikenali sebagai "adik-beradik perempuan panda" di Zoo Madrid, Sepanyol disebabkan tugas mereka sebagai penjaga tiga ekor panda selama beberapa tahun.

"Bingxing" dan "Huazuiba", pasangan panda yang diangkut dari Chengdu, China ke Zoo Madrid, Sepanyol pada 2007, dilaporkan berturut-turut melahirkan empat anak di rumah baru mereka. Tiga daripadanya telah dihantar kembali ke China, dan yang baki, iaitu "Zhulina", anak "Bingxing" dan "Huazuiba" yang dilahirkan pada 2017 diatur terus tinggal bersama dengan mereka di Zoo Madrid.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China