Haiwan Kesayangan, Teman Hidup Manusia
2013-12-17 10:50:47 CRI

Haiwan kesayangan memang boleh dianggap teman hidup manusia. Orang China gemar memelihara haiwan kesayangan, malah sejarah orang China memelihara anjing sebagai haiwan kesayangan telah mencatat beribu-ribu tahun.

Tahun kebelakangan ini, pasaran haiwan kesayangan di China semakin berkembang. Bukan sahaja haiwan kesayangan yang biasa seperti anjing dan kucing semakin popular dalam kalangan rakyat China, tetapi jenis-jenis haiwan kesayangan yang lain juga mula disukai, termasuk ikan, burung, kura-kura, arnab, tikus dan haiwan-haiwan lain yang istimewa.

Di samping itu, pemikiran orang China terhadap haiwan kesayangan juga telah banyak berubah. Dahulu, orang China hanya mahu haiwan kesayangan mereka cantik dan comel, sekarang, mereka lebih mementingkan kesihatan dan kebahagiaan haiwan tersebut. Oleh itu, makanan yang lebih bermutu dan berkhasiat, pakaian yang cantik dan alat pemainan untuk haiwan kesayangan juga semakin laris di China.

Kerajaan juga memberikan perhatian kepada haiwan kesayangan. Contohnya, kerajaan bandar Beijing banyak menampal poster di stesen kereta api bawah tanah untuk menyeru penduduk supaya menyayangi dan melindungi haiwan kesayangan, dan bertanggungjawab terhadap haiwan kesayangan sendiri.

Topik ini akan dibincangkan dalam Suara Sutera pada 18 Disember nanti. Saudara dialu-alukan meninggalkan komen atau pandangan mengenai topik ini di ruangan ulasan atau e-mel mal@cri.com.cn

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China