Kesukaran Membeli Tiket Kereta Api Sebelum Tahun Baharu Cina
2014-01-14 10:32:42 CRI

Orang China menyambut Tahun Baharu Cina bersama-sama ahli keluarga mereka. Walaupun ramai yang bekerja di bandar, tetapi mereka tetap ingin balik ke kampung halaman sebelum Tahun Baharu Cina. Oleh itu, kesukaran membeli tiket kereta api berlaku setiap tahun menjelang perayaan ini.

Memandangkan keadaan tersebut, Kumpulan Syarikat Kereta Api China mula menyediakan perkhidmatan 12306 pada tahun 2010 yang membantu para pengguna membeli tiket kerata api melalui laman sesawang 12360.com. Bermula tahun ini, perkihdmatan itu juga dapat digunakan melalui telefon pintar.

Tetapi, berjayakah sistem 12306 menyelesaikan kesukaran membeli tiket? Bagaimana perasaan orang China terhadap sistem tersebut? Dan juga, kenapa kereta api menjadi pilihan utama orang China untuk balik ke kampung?

Jangan lupa ikuti perbualan mengenai topik ini dalam ruangan Suara Sutera pada 15 Januari 2014. Saudara dialu-alukan berkongsi pandangan melalui laman malay.cri.cn atau e-mel mal@cri.com.cn.

Lihat juga
Ulasan
Pelancongan

Xuexi, gua batu kapur yang terletak di sebelah utara pekan Chaotian, provinsi Sichuan, China, digelar "istana dewa di bawah bumi". Gua sepanjang lebih lapan kilometer yang tersembunyi di dalam hutan ini menawarkan pemandangan yang amat indah.

Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China