Menurut berita CRI, wartawan dimaklumkan oleh Pusat Pencegahan dan Kawalan Penyakit AIDS China semalam bahawa China akan menetapkan kawasan contoh pencegahan dan rawatan penyakit AIDS di 56 kaunti di 7 provinsi mundur untuk mencegah dan merawat pesakit AID di daerah tersebut.
Lebih 90 juta dolar Amerika akan diperuntukkan untuk tujuan penerangan pertukaran pakar, perkhidmatan pencegahan dan rawatan penyakit AIDS dan membasmi penularan penyakit AIDS di kawasan mundur dalam tempoh 5 tahun untuk membolehkan pesakit AIDS di kaunti tersebut mendapatkan ubat-ubatan dan perkhidmatan perubatan asas.
|