Menurut berita CRI, Kementerian Pertanian China hari ini mengumumkan bahawa sekatan terhadap dua kawasan perebakan wabak selesema burung terakhir di China telah dibatalkan, kini, semua 49 kawasan wabak selesema burung yang diisytiharkan di China telah dibatalkan.
Encik Jia Youling jurucakap badan pencegahan dan kawalan wabak selesema burung Kementeian Pertanian China memaklumkan bahawa setakat hari ini, sudah 29 hari tidak ada laporan tentang kes baru selesema burung di China dan juga tidak ada orang dijangkiti wabak selesema burung.
|