|
Wartawan CRI melaporkan, menurut statistik terkini badan berkaitan Dewan Negara China bahawa sebanyak 76 projek utama telah dilaksanakan di bahagian barat China pada tahun lalu, melibatkan perbelanjaan sebanyak 200.8 bilion yuan RMB, pembinaan landasan kereta api Qinghai-Tibet dan paip gas dari barat ke timur China berjalan lancar.
Menurut maklumat, landasan kereta api itu dibina sepanjang 317 kilometer dari Germu, Qinghai ke Lhasa, Tibet. Di samping itu, paip gas dari Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang sudah disalurkan ke Shanghai.
Keluaran Dalam Negara Kasar, pelaburan aset tetap dan pertumbuhan industri di 12 provinsi, bandar dan wilayah autonomi di bahagian barat China banyak meningkat pada tahun lalu.
|