Menurut berita CRI, wakil China dalam Sidang Hak Asasi Manusia ke-60 PBB di Geneva semalam menjelaskan bahawa China mencapai kejayaan dalam bidang pembangunan hak ekonomi, sosial dan kebudayaan pada tahun lalu.
Penasihat khas delegasi China Liu Zhenhua dalam ucapannya berkata bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar China pada tahun lalu berjumlah lebih 1400 billion dolar Amerika, purata setiap orang melebihi seribu dolar Amerika buat kali pertama. China juga telah menyerahkan laporan pertama tentang pelaksanaan Konvesyen Antarabangsa Hak Ekonomi, Sosial dan Kebudayaan kepada PBB pada tahun lalu mengikuti jadual yang ditetapkan. Laporan itu secara menyeluruh menjelaskan keadaan pelaksanaan konvesyen di China dalam bidang jaminan sosial, pembangunan kebudayaan, pendidikan, sains dan teknologi, radio, filem dan TV, Penerangan dan penerbitan, kesihatan dan sukan, termasuk kesukaran dan masalah yang dihadapi sekarang.
|