|
Menurut Agensi Berita Xinhua, Naib Menteri Perdagangan China, Liao Xiaoqi menyatakan di Beijing semalam bahawa tindakan kawalan makro ekonomi yang dilaksanakan oleh China untuk mengekalkan pembangunan ekonomi secara berterusan tidak akan mempengaruhi pelaburan asing di China. Ekonomi China berkembang dengan baik merupukan peluangan yang besar bagi pelaburan asing.
Demikian dinyatakan oleh Liao Xiaoqi dalam upacara pengedaran Laporan Pelaburan Dunia 2004 yang dikeluarkan oleh Persidangan Perdagangan dan Pembangunan PBB. Beliau menyatakan, China akan terus menarik pelaburan asing dengan aktif.
|