Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-04 16:21:56    
Projek Salurkan Gas Asli dari Barat ke Timur Mainkan Peranan Aktif dalam Melindungi Ekologi Alam Sekitar China

Agensi Berita Xinhua China
Menurut Agensi Berita Xinhua China, seorang pegawai Syarikat Petroleum China baru-baru ini menyatakan bahawa projek menyalurkan gas asli dari kawasan barat ke kawasan timur China yang beroperasi pada 1 Oktober akan menyusun semula struktur sumber tenaga China dan memainkan peranan yang aktif dalam melindungi ekologi alam sekitar China.

Difahamkan, pada masa ini, China telah menjadi negara penggunaan sumber tenaga kedua terbesar di belakang A.S.. Akan tetapi, penggunaan arang batu menduduki dua pertiga daripada keseluruhan penggunaan sumber tenaga. Setelah projek itu beroperasi, kawasan di sepanjang paip saluran gas asli akan mendapat bekalkan gas asli sebanyak 12 bilion meter padu setahun. Sehubungan dengan itu, pelapasan debu akan dikurangkan sebanyak 270 ribu tan.