Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Perdagangan China baru-baru ini memaklumkan, dalam 10 tahun kebelakangan ini, jumlah pelaburan daripada perusahaan China ke seberang laut terus meningkat. Sehingga penghujung tahun 2003, sebanyak hampir 3500 buah perusahaan China mengadakan pelaburan ke lebih 160 negara dan kawasan.
Menurut statistik, pada 12 tahun yang lalu, jumlah pelaburan China ke seberang laut hanya mencapai 3 bilion dolar Amerika. Pada penghujung tahun lalu, jumlah pelaburan China di seberang laut sudah mencapai 33.2 bilion dolar Amerika. Asia merupakan destinasi pelaburan yang terbesar bagi China, berikutnya ialah Amerika Utara, Afrika, Amerika Selatan dan Eropah.
|