Menurut berita CRI, pemberita dimaklumkan dari Suruhanjaya Penyeliaan dan Pengurusan Aset Milik Negara Dewan Negara China baru-baru ini bahawa sejak tahun ini, jumlah laba dari perusahaan besar milik negara China bertambah pesat, jumlah laba seluruh tahun akan melebihi 400 bilion Yuan Renminbi, angka ini akan melebihi 100 bilion Yuan Renminbi daripada tahun yang lalu.
Menurut statistik, dari bulan Januari hingga bulan Ogos tahun ini, pelaburan aset tetap yang diselesaikan oleh perusahaan besar milik negara China mencatat lebih 440 bilion Yuan Renminbi, bertambah 30% keatas daripada tahun yang lalu dalam tempoh yang sama; Laba yang diperolehnya mencatat lebih 320 bilion Yuan Renminbi dan bertambah 45.6% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama.
|