Menurut Agensi Berita Xinhua China, Projek Pembangunan Zon Perdagangan dan Pemprosesan Hasil Laut Antarabangsa China-ASEAN telah dirasmikan di bandar Beihai Wilayah Autonomi Etnik Zhuang Guangxi China. Dimaklumkan, Guangxi telah mencapai perjanjian kerjasama dengan Vietnam, Thailand, Singapura dan lain-lain.
Dimaklumkan lagi, projek itu akan dibangunkan sebagai kawasan perdagangan, pemprosesan, pendinginan, pemasaran hasil laut dan lain-lain. Projek itu akan dilaksanakan di kawasan seluas 200 hektar. Peruntukan menjayakan rancangan itu berjumlah lebih 300 juta yuan RMB.
|