Menurut berita CRI, Sidang Menteri Luar Kesatuan Eropah semalam mengeluarakan pengumuman tentang Dialog Hak Asasi Manusia Kesatuan Eropah-China di Luxembourg mengakui bahawa China telah mencapai kemajuan nyata dalam perkembangan sosioekonomi dan lain-lain dalam tempoh 10 tahun yang lalu, Kesatuan Eropah mengalu-alukan perkembangan itu dan bersedia mengadakan dialog hak asas manusia dengan China.
Dalam pengumuman tersebut turut dinyatakan Kesatuan Eropah mengalu-alukan China mengambil tindakan meningkatkan pembangunan undang-undang dan berharap China melaksanakan tindakan tersebut secara berkesan. Kesatuan Eropah juga memuji China meningkatkan kerjasama dengan badan hak asasi manusia PBB.
|