Mengenai Siaran B. Melayu Mengenai CRIHubungi Kami
Klik sini ke Galeri Foto...
China Radio International
Berita China
Berita Dunia
Inovasi
Masyarakat
Horizon
Arena Ekonomi
Sukan
China-ASEAN
(GMT+08:00) 2004-10-13 13:59:30    
Nilai Pengeluaran Industri Teknologi Tinggi China akan Capai 10 Trilion Yuan

Agensi Berita Xinhua China

Menurut Agensi Berita Xinhua China, Naib Pengarah Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China Zhang Xiaoqiang berkata, dalam tahun-tahun yang akan datang, kecepatan perkembangan industri teknologi tinggi China dijangka kekal pada tahap perkembangan 20% ke atas purata setiap tahun. Sehingga tahun 2010, nilai pengeluaran industri teknologi tinggi China akan mencapai 10 trilion yuan RMB.

Beliau juga turut menyatakan dalam Sidang Perdagangan Teknologi Tinggi dan Baru Antarabangsa China Ke-6 di Shenzhen, China hari ini bahawa kerajaan China akan menetapkan dan melaksanakan rancangan perkembangan sains dan teknologi jangka panjang dan sederhana serta rang perkembangan industri teknologi tinggi, mempercepat pembangunan sistem pembaharuan negara, mengembangakan industri teknologi tinggi yang berperanan penting mendorong peningkatan ekonomi.