Menurut Agensi Berita Xinhua China, berdasarkan statistik terkini kastam China, daripada Januari hingga Ogos tahun ini, jumlah perdagangan dua hala China-Rusia mencapai lebih 12.8 bilion dolar Amerika, meningkat kira-kira 35% berbanding masa yang sama tahun lalu. Rusia telah menjadi rakan dagang ke-8 terbesar bagi China, manakala China juga telah menjadi rakan dagang ke-4 terbesar bagi Rusia.
Kebangakan eksport China ke Rusia ialah barang tekstil, pakaian, alat-alat elektrik kegunaan rumah dan barang keperluan seharian yang lain, eksport Rusia ke China pula ialah sumber alam, bahan mentah dan barang perusahaan utama.
|