Menurut berita CRI: Naib Pengarah Suruhanjaya Perkembangan dan Pembaharuan China Li Zibin di Beijing hari ini menyatakan, ekonomi di kawasan barat China berkembang pesat di bawah kawalan makro kerajaan China. Kerajaan China terus meningkatkan bantuan pembangunan di kawasan itu.
Menurut beliau, pada separuh tahun pertama tahun ini, KDNK 10 provinsi, wilayah autonomi dan bandar kecuali Provinsi Guizhou dan Wilayah Autonomi Tibet di kawasan barat China meningkat lebih 12% berbanding tahun lalu dalam tempoh yang sama. Pendapatan kewangan tempatan meningkat, jatah harga penggunaan penduduk menurun. Pembangunan projek penting, ekologi alam sekitar dan perkembangan sosial berkembang maju.
|