Menurut berita CRI, Ekspo Barang Dagangan Eksport China ke-96 telah diadakan di Guangzhou hari ini.
Keluasan pameran dan jumlah perusahaan peserta Ekspo Guangzhou mencapai taraf yang paling tinggi dalam sejarah perasmiannya.
Dimaklumkan bahawa terdapat sebanyak lebih 13,000 perusahaan telah menyertai Ekspo Guangzhou ke-96, dan keluaran yang akan dipamerkan meliputi alat elektronik, keluaran elektronik dan maklumat, bahan binaan, kemudahan mesin, pakaian, barangan tekstil dan lain-lain.
Diramalkan bahawa seramai lebih 130,000 pembeli dari pelbagai tempat dunia akan menyertai Ekspo Guangzhou kali ini.
|