Menurut Agensi Berita Xinhua China, Kementerian Perdagangan China semalam mengeluarkan Pemandu Eksport Keluaran Pertanian China, memperkenalkan dasar perdagangan keluaran pertanian luar negara dan meklumat pasaran kepada syarikat eksport. Dimaklumkan, ini merupakan kali pertama kerajaan China mengeluarkan pemandu eksport keluaran pertanian.
Naib Menteri Perdagangan China Yu Guangzhou memperkenalkan, setakat ini di China terdapat hampir 14 ribu syarikat eksport keluaran pertanian, tapi kerana syarikat-syarikat ini masih muda, skop perdagangannya kecil, dan saluran maklumat tidak lancar, sangat perlu bahagian berkenaan menyediakan maklumat pemandu kepada mereka. Pemandu Eksport Keluaran Pertanian yang baru dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan itu terutama memperkenalkan keadaan pasaran Jepun, Korea Selatan, Perancis dan Belanda, Kementerian Perdagangan akan terus menyusun pemandu untuk memperkenalkan keadaan pasaran A.S., Kesatuam Eropah dan negara-negara yang lain.
|