Wartawan CRI melaporkan bahawa Harian Ren Min Ri Bao hari ini memberita, dalam sidang negara pemeteraian ke-13 Konvensyen Perdagangan Antarabangsa Binatang dan Tumbuhan Liar Hampir Pupus yang baru berakhir, China sekali lagi dilantik sebagai naib negara pengerusi Jawatankuasa Tetap Sidang Negara Pemeteraian Konvensyen itu, ini merupakan kali ke-3 berturut-turut China menyandang jawatan itu.
Ulasan Harian Ren Min Ribao berbunyi, ini telah mencerminkan kejayaan China dalam bidang pemuliharaan binatang liar dan tumbuhan liar hampir pupus telah diakui umum oleh masyarakat antarabangsa serta telah melakhirkan pengaruh semakin besar dalam urusan antarabangsa.
Agensi Berita Xinhua China melaporkan bahawa pada tahun-tahun kebelakangan ini, kerajaan China telah mengambil banyak tindakan untuk melaksanakan konvensyen tersebut, mendorong pelbagai negara Asia terutamanya negara jiran menyelaraskan tindakan pelaksanaan konvensyen itu di sisi undang-undang, China semakin menjadi tenaga utama mendorong pembangunan sektor perhutanan dunia serta disanjung tinggi oleh pelbagai negara Asia.
|