Menurut Agensi Berita Xinhua China, Sidang Bersama Peringkat Tinggi Pentadbiran Kesihatan Tanah Besar China, Hong Kong dan MaKao ke-3 yang berlangsung selama 2 hari telah ditutup di Hong Kong semalam, ketiga-tiga jabatan kesihatan tersebut mendapat pelbagai kata sepakat untuk mencegah Selesema Burung dan SARS lebih berkesan.
Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Kesihatan dan Makanan kerajaan Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong Zhou Yiyue, wakil ketiga-tiga pihak berpendapat perlu meningkatkan kewaspadaan terhadap penyakit wabak khususnya SARS dan Selesema Burung yang mudah disebar dalam musim sejuk dan musim bunga, dan memeriksa kemampuan sistem kesihatan umum untuk mencegah penyakit wabak tersebut.
Untuk mencegah Selesema Burung disebar pada musim sejuk tahun ini, Tanah Besar China, Hong Kong dan Makao akan menyempurnakan mekanisme maklumat Selesema Burung, supaya badan kuarantin kesihatan ketiga-tiga tempat itu boleh mengambil tindakan pencegahan yang sesuai.
|