Dewan Perniagaan China dan Pusat Maklumat Perniagaan Nasional China baru-baru ini mengumumkan Kertas Putih Sektor Penjualan Runcit Tahun 2004. Kertas putih itu berbunyi, ekonomi China telah mengatasi deflasi selama lima tahun dan sosioekonomi China telah menuju ke arah satu era baru.
Kertas putih itu menunjukkan, pada tahun 2003, KDNK sektor borong, penjualan runcit, perdagangan dan industri restoran meningkat kira-kira 9% berbanding tahun 2002 dan nisbahnya menduduki kria-kira 8% daripada KDNK China.
|