|
Menurut Agensi Berita China, Pegawai Kesatuan Eropah di China memaklumkan di Beijing hari ini bahawa Kesatuan Eropah mulai hari ini membatalkan larangan barang buatan daging binatang yang diimport dari China. Badan yang berkenaan sedang mempertimbangkan untuk membatasi import dagaing ayam dan itik China.
Kesatuan Eropah menyatakan bahawa berdasarkan maklumat pihak berkuasa China dan hasil baik penyiasatan anggota Kesatuan Eropah sesudah larangan barang buatan tersebut dibatalkan, Kesatuan Eropah melonggarkan secara beransur-ansur pembatasan tersebut. Serentak itu, China melaksanakan tindakan pembaharuan tersebut. Kesatuan Eropah berpendapat bahawa mereka perlu dengan selayaknya membatalkan larangan tersebut.
|