Jurucakap Kementerian Luar China, Zhang Qiyue hari ini dalam sidang media di Beijing mendedahkan, China dan Jepun akan mengadakan rundingan tentang pencari-galian sumber gas asli dan minyak di Laut China Timur di Beijing bulan ini.
Semasa menjawab pertanyaan pemberita, Zhang Qiyue berkata, walaupun China dan Jepun mempunyai persengketaan dalam masalah penggarisan wilayah perairan Laut China Timur, tetapi China selama mencari gali sumber minyak di wilayah perairan milik China sendiri. Untuk memelihara hubungan China-Jepun, pihak China sedia berunding dengan pihak Jepun tentang masalah itu.
|