Menurut berita Agensi Berita Xinhua China, Ekspo Perusahaan Kecil dan Sederhana China Pertama telah dirasmikan pada 18hb Oktober di Guangzhou, bandarraya di selatan China.
Ekspo itu dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara, Jabatan Pentadbiran Am Industri dan Perdagangan China dan Kerajaan Rakyat Provinsi Guangdong.
Pelbagai perusahaan dari 30 buah Provinsi di seluruh China serta dua buah wilayah pentadbiran khas iaitu Hong Kong dan Macau telah menyertai ekspo tersebut.
|