Menurut berita CRI, berdasarkan pemeriksaan terkini, mutu hasil pertanian China ditingkatkan dengan ketara. Kadar sayur-sayuran yang diluluskan untuk dipasarkan di bandar utama China mencapai 96%, manakala barangan ternakan yang dicemari samatotropin tidak sampai 1%.
Maklumat tersebut dinyatakan oleh Menteri Pertanian China Du Qinglin semasa diwawancara oleh wartawan di Beijing baru-baru ini.
Kini, badan yang berkenaan telah melaksanakan kawalan menyeluruh terhadap hasil pertanian di seluruh negara dan menuntut pengeluaran, pengangkutan, penyimpanan dan penjualan hasil pertanian harus selaras dengan standard negara.
|