Menurut berita CRI, Naib Perdana Menteri China Wu Yi semasa ditemui Naib Perdana Menteri Bulgaria Lidia Shouleva hari ini di Beijing menyatakan bahawa pasaran China adalah terbuka dan mengalu-alukan barangan pelbagai negara termasuk Bulgaria memasuki pasaran China.
Wu Yi berkata, China menggalakkan perusahaan China menyertai pembangunan ekonomi Bulgaria.
Lidia Shouleva berkata, China merupakan rakan ekonomi dan perdagangan utama Bulgaria di Asia. Bulgaria berharap meningkatkan kerjasama dengan China.
|