Menurut Agensi Berita Xinhua China, Pusat Penyelidikan Pasir Sungai Dunia telah ditubuhkan di bandar Yichang provinsi Hupei di bahagian tengah China semalam. Dimaklumkan bahawa ini merupakan ibu–pejabat badan penyelidikan pertama di dunia yang ditubuhkan di China bagi projek tali air dunia. Ini membuktikan bahawa kedudukan China dalam penyelidikan pasir sungai dunia amat penting.
China merupakan negara yang mengalami bencana pasir sungai yang serius, disamping itu China juga adalah negara yang komited melaksanakan kajian pasir sungai di dunia serta mempunyai kepakaran teknologi dan pengalaman yang kaya dalam kajian dan pengurusan pasir sungai. Kebanyakan negara di dunia berharap dapat berkongsi kejayaan dengan pihak China dalam projek itu.
?
|