Menurut Agensi Berita Xinhua China, wartawan dimaklumkan oleh Kementerian Sumber Air China semalam, pembinaan loji janakuasa hidro elektrik berukuran kecil China meningkat dengan cepat dalam tahun -tahun kebelakangan ini. Jumlah kapasiti penjanaan elektrik loji janakuasa baru hidro elektrik berukuran kecil mencatat lebih 2 juta 700 ribu kilowatt pada tahun lalu, jumlah keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik loji janakuasa elektrik tersebut mencatat lebih 31 juta kilowat dan menempati 40% daripada jumlah keseluruhan kapasiti penjanaan elektrik janakuasa hidro elekerik China.
Ketua Pengarah Biro Hidro Elektrik Kementerian Sumber Air China Encik Cheng Huizhou menyatakan bahawa sumber air untuk janakuasa hidro elektrik China amat kaya, pembangunan telah dilaksanakan di pelbagai kaunti di China amat bersesuaian dengan pembinaan loji janakuasa hidro elektrik yang berukuran kecil. Melalui pembangunan selama beberapa puluh tahun ini, Isu penggunaan elektrik untuk lebih 50 juta orang penduduk kampung telah diselesaikan melalui pembinaan loji janakuasa hidro elektrik yang berukuran kecil di China.
|