Satu tinjauan pendapat ahli ekonomi yang dijalankan oleh Pusat Pemantauan Keadaan Ekonomi Jabatan Statistik Negara China baru-baru ini menunjukkan bahawa 80% ahli ekonomi berpendapat pertumbuhan ekonomi China pada tahun 2005 akan melebihi 8%.
Tinjauan itu membuktikan keyakinan ahli ekonomi terhadap perkembangan ekonomi China telah meningkat tinggi. Antara ahli ekonomi yang terlibat dalam tinjauan itu, terdapat 50% orang menjangka pertumbuhan ekonomi China tahun 2005 akan mencapai 8.5% hingga 9%, dan 70% daripada mereka berpuas hati terhadap keadaan ekonomi China pada masa ini.
|