Ketua Pengarah Jabatan Pentadbiran Angkasa Lepas China, Sun Laiyan semalam semasa menyampaikan ucapan dalam Mesyuarat Perhimpunan Agung Ke-59 PBB menegaskan bahawa penerokaan angkasa lepas patut memanfaatkan keamanan dan keselamatan antarabangsa serta berfaedah kepada kehidupan dan perkembangan manusia.
Sun Laiyan menyatakan demikian dalam mesyuarat membahaskan keadaan pelaksanaan usul-usul yang dikemukakan dalam Sidang Memeriksa dan Menggunakan Angkasa Lepas secara Damai PBB Ke-3. Beliau berkata, kerajaan China berpendapat bahawa kerjasama antarabangsa dalam bidang penerokaan angkasa lepas patut berdasarkan prinsip sama rata, saling menguntungkan, saling belajar dan berkembang bersama-sama. Hanya dengan tindakan itu, teknologi angkasa lepas akan berfaedah untuk penduduk dunia.
|