Pameran Pelaburan dan Perdagangan Antarabangsa Makau Ke-9 dirasmikan di Makau semalam. Seramai lebih 1300 orang pegawai kerajaan dan ahli ekonomi dari lebih 30 buah negara dan kawasan telah menyertai pameran itu yang akan berlangsung selama empat hari.
Pameran itu dianjurkan bersama oleh Sekretariat Tetap Forum Kerjasama Ekonomi dan Perdagangan China – Negara-negara Berbahasa Portugis dan Biro Galakkan Pelaburan dan Perdagangan Makau.
Dalam tempoh pameran itu, pihak penganjur akan mengadakan lebih 40 forum, mesyuarat dan seminar.
|