Seiring dengan peningkatan daya buatan kenderaan China, permintaan China terhadap kereta import menurun ketara sejak tahun ini. Dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, jumlah import kereta yang siap dipasang China mencatat 130 ribu unit. Jumlah itu hanya meningkat 5% berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Selepas menganggotai WTO, China telah menunaikan janjinya, menurun tarif import kereta dan memperluas jumlah pengimportan kenderaan. Akan tetapi, sejak tahun ini, permintaan China terhadap kereta import telah menurun dengan ketara. Oleh sebab itu, pada beberapa bulan hujung tahun ini, jumlah import kereta yang siap dipasang tidak akan meningkat tinggi. Dijangka, jumlah itu hanya akan meningkat sedikit berbanding tahun 2003.
|