Menurut berita CRI, Dewan Negara China mengadakan sidang di Beijing semalam, menganalisis situasi ekonomi China pada suku tahun ketiga dan mengaturkan kerja ekonomi seterusnya. Dewan Negara China menuntut badan yang berkenaan terus melaksanakan tindakan kawalan ekonomi makro, lebih banyak menggunakan taktik ekonomi dan undang-undang, memainkan perananan mekanisme pasaran dan memperkukuh kejayaan kawalan ekonomi makro.
Sidang tersebut berpendapat bahawa berdasarkan situasi ekonomi China pada suku tahun ketiga tahun ini, ekonomi China terus berkembang ke arah matlamat kawalan ekonomi makro. Akan tetapi, beberap masalah dan pertentangan masih wujud dalam kehidupan ekonomi China.
|