Kementerian Perdagangan China semalam mendedahkan bahawa perdagangan luar perusahaan milik swasta China bertumbuh pesat. Pada tahun 2003, jumlah import eksport perusahaan milik swasta China meningkat kepada lebih 59 bilion dolar Amerika. Jumlah itu meningkat lebih 150% berbanding tahun 2002.
Menurut taklimat, sejak China menjalankan dasar pembaharuan dan buka pinta pada lebih 20 tahun lalu, ekonomi perusahaan milik swasta China semakin berkembang. Sejumlah besar perusahaan milik swasta telah menjadi bahagian komponen penting perdagangan luar China. Pada tahun 2003, nisbah jumlah import eksport perusahaan milik swasta telah mencapai 7% daripada jumlah keseluruhan import eksport China.
|