Menurut Harian " Renmin Rihbao" China, Taman Geologi Negara Tanah Kuning Luochuan provinsi Sha`anxi, taman geologi tanah kuning peringkat negara pertama China telah dibuka secara rasmi semalam.
Taman Geologi Negara Tanah Kuning Luochuan terletak di kaunti Luochuan provinsi Sha`anxi di barat China. Kaunti Luochuan adalah kawasan mukbumi tanah kuning yang luar biasa di Dataran Tinggi Tanah Kuning.
Pegawai Kementerian Tanah dan Sumber Alam China berkata bahawa 85 taman geologi negara telah ditubuhkan oleh China pada masa ini. Taman Geologi Tanah Kuning Luochuan merupakan satu-satunya taman geologi tanah kuning di China.
|