Wartawan CRI melaporkan, Suruhanjaya Pembangunan dan Pembaharuan Negara China hari ini dalam sidang akhbarnya memaklumkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi industri China dalam tempoh sembilan bulan tahun ini mencatat peningkatan yang tinggi dan ini telah memangkin pertumbuhan ekonomi China.
Berdasarkan statistik peningkatan keuntungan perusahaan industri China dalam tempoh itu mencatat kira-kira 40%. Pertumbuhan yang terlalu pesat dalam sektor besi dan keluli serta simen dibendung dan sektor sumber tenaga dan komunikasi berkembang pesat.
|